Tuesday, December 15, 2009

Futsal Lelaki & Wanita

Acara futsal bagi kategori lelaki & wanita untuk 'Kejohanan Sukan Antara Bahagian MPOB 2009/10' telah berlangsung dengan jayanya pada 12/12/2009, di Aktif Futsal, Bangi.
Acara berlangsung dengan penuh meriah bermula seawal jam 9.30 pagi. Sebelum acara bermula, NYDP KSSM telah memberikan sepatah dua kata sebagai kata perangsang kepada semua peserta untuk bermain dan bertanding dengan penuh semangat kesukanan diikuti dengan bacaan doa. Selepas itu, ketua pengadil memberikan sedikit taklimat kepada semua peserta.
Perlawanan diadakan serentak antara kategori lelaki dan wanita memandangkan yang Aktif Futsal mempunyai 4 gelanggang. Kategori lelaki menggunakan 2 gelanggang (kump A dan B) begitu juga dengan kategori wanita.
Kategori lelaki terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu A dan B. Begitu juga kategori wanita.

LELAKI
Kumpulan A:
  • Admin
  • Bio
  • AOTD
  • Perlesenan
  • PDAS

Kumpulan B:
  • IRED
  • E&P
  • TMKK
  • Ekonomi


WANITA
Kumpulan A:
  • Admin
  • IRED
  • Bio
  • AOTD

Kumpulan B:
  • PDAS
  • Ekonomi
  • E&P
  • TMKK



Semua perlawanan berlangsung sengit namun, tiada kekecohan atau pergaduhan yang terjadi. Ini menunjukkan bahawa, semua atlit MPOB bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Setelah tamat peringkat kumpulan, 4 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita berjaya ke peringkat separuh akhir iaitu:

Lelaki:
  • Bio
  • Admin
  • IRED
  • E&P

Wanita:
  • AOTD
  • IRED
  • PDAS
  • TMKK
Perlawanan separuh akhir dijalankan secara bersilang dimana, juara kumpulan A akan bertemu naib juara kumpulan B. Begitu juga sebaliknya.
Bagi kategori lelaki, Bio vs IRED manakala Admin vs E&P. Kategori wanita pula, AOTD vs PDAS manakala IRED vs TMKK.
Setelah pertarungan sengit di separuh akhir, pasukan IRED dan Admin berjaya ke perlawanan akhir meninggalkan pasukan Bio dan E&P untuk perlawanan klasifikasi ke-3/4 untuk kategori lelaki.
Bagi kategori wanita pula, pasukan IRED dan AOTD berjaya menewaskan lawan masing-masing untuk menempah tiket perlawanan akhir. Pasukan PDAS dan TMKK sekadar berpuas hati untuk perlawanan klasifikasi ke-3/4.
Untuk kategori lelaki, perlawanan penentuan ke-3/4 dimenangi oleh pasukan Bio setelah berjaya menewaskan pasukan E&P.
Dan, juara ialah pasukan Admin yang menewaskan pasukan IRED.
Untuk kategori wanita pula, tempat ke-3 menjadi milik pasukan PDAS dan tempat ke-4 milik pasukan TMKK.
Juara kategori wanita ialah pasukan IRED yang berjaya menewaskan pasukan AOTD.
Tahniah kepada semua pemenang!!!!

Keputusan rasmi:

Kategori lelaki:
Juara : Admin
N.Juara : IRED
Ke-3 : Bio
Ke-4 : E&P

Kategori wanita:
Juara : IRED
N.Juara : AOTD
Ke-3 : PDAS
Ke-4 : TMKK

Monday, December 7, 2009

Snuker

Acara snuker untuk 'Kejohanan Sukan Antara Bahagian MPOB 2009/2010' telah berlangsung dengan jayanya pada 5/12/2009 iaitu pada hari sabtu. Bertempat di Q2 Snuker Centre, Sg.Chua Kajang, semua 9 bahagian menghantar penyertaan.
Dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu:

Kump. A:
  • Biologi (juara kumpulan)
  • E&P
  • TMKK
  • Perlesenan (naib juara kumpulan)
  • IRED


Kump. B:
  • Admin (juara kumpulan)
  • BEPI
  • AOTD (naib juara kumpulan)
  • PDAS

Acara berlangsung seawal jam 10.00 pagi. Semua perlawanan dijalankan serentak. Setelah menghabiskan perlawanan peringkat kumpulan, bahagian Biologi dan Perlesenan dari kumpulan A dan, Admin dan AOTD dari kumpulan B berjaya mara ke perlawanan separuh akhir.
Perlawanan separuh akhir dijalankan secara bersilang yang mana, juara kumpulan A vs naib juara kumpulan B dan juara kumpulan B vs naib juara kumpulan A.

Juara A vs Naib juara B
Juara B vs Naib juara A

Pada perlawanan separuh akhir (1), Biologi vs AOTD dimana Biologi berjaya memenangi perlawanan dgn kiraan 2-1 dan melayakkan mereka ke perlawanan akhir. Untuk satu lagi perlawanan separuh akhir, Admin vs Perlesenan. Perlawanan berlangsung dengan sengit yang akhirnya memihak kepada Admin, juga dengan kiraan 2-1.
Perlawanan ke- 3/4 tidak diadakan namun, penentuan kedudukan berdasarkan kiraan perlawanan dalam pusingan separuh akhir. Kedudukan ke-3 menjadi milik Perlesenan dan ke-4 milik AOTD.
Perlawanan akhir, berlangsung sengit di mana kedua-dua pasukan menampilkan pasukan terkuat yang menemukan beberapa pemain MPOB. Akhirnya, pasukan Bio berjaya menewaskan Admin dengan kiraan 2-1.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Keputusan:
Johan : Biologi
N/Johan : Admin
Ke-3 : Perlesenan
Ke-4 : AOTD

Friday, December 4, 2009

Biro Sukan

Majlis perasmian Kejohanan Sukan Antara Bahagian MPOB 2009/10 telah berjalan dgn jaya nya. Semua kontinjen kelihatan bersemangat dgn memakai pakaian rasmi kontinjen masing-masing. Acara bermula pada jam 4.00 petang dengan ketibaan Datuk KP. Kemudian, doa dibacakan oleh En. Mazlan Mustaffa memohon keberkatan untuk majlis ini. Selepas itu, NYDP KSSM iaitu En. Mohamad Nor Abd. Rahman memberikan sepatah dua kata sebelum Datuk KP merangkap YDP KSSM memberikan ucapannya. Kira-kira jam 4.30 ptg, Ybhg. Datuk Ketua Pengarah merangkap YDP KSSM telah merasmikan kejohanan ini dengan diiringi tepukan gemuruh daripada semua kontinjen. Selepas itu, Datuk KP menyerahkan bendera kepada pengarah setiap bahagian dan ketua kontinjen bahagian. Diikuti oleh bacaan ikrar oleh En. Zainal Abidin Sahar. Selepas itu, Datuk KP telah melancarkan banner kejohanan dgn membaling dart disertai dengan pembukaan tirai, yang menyerlahkan banner kejohanan ini. Selepas itu, semua kontinjen bersurai dan menikmati jamuan minum petang dan, semua kontinjen mengabadikan kenangan dengan mengambil gambar bersama-sama pengarah bahagian, Datuk KP dan Timbalan KP 1 dan 2.

Biro Sukan

Majlis perasmian Sukan Antara Bahagian (SAB) 2009 akan diadakan pada waktu dan hari seperti berikut:

Hari : Jumaat, 4 Disember 2009
Tempat : Dewan Sawit MPOB
Masa : 3.30 ptg


Semua peserta dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.

***** digalakkan memakai baju rasmi kontinjen setiap bahagian.

Monday, November 30, 2009

Biro Sosial




Sebahagian gambar-gambar yang terhasil dari program 'Jelajah Gua Tempurung'. Untuk mendapatkan koleksi gambar-gambar, bolehlah masuk ke halaman Multiply rasmi KSSM. Klik sahaja di bahagian PAUTAN LAIN.








Thursday, November 26, 2009

Aidiladha.....


Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua yang membaca blog KSSM ini. Semoga, aidiladha kali ini, memberi keinsafan kepada kita

Biro Sukan

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi sukan inter-division 2009/2010? Nantikan kehangatannya. Bulan Disember akan dimulakan dgn acara pembukaan pada 4hb, diikuti acara snooker pada 5hb. Pada 12hb pula, acara futsal lelaki dan wanita akan menggegarkan aktif futsal, bangi. 20hb pula, acara boling akan menggegar mines bowl. Kepada semua, mari ramai-ramai memeriahkan acara sukan ini. Beri sokongan kepada wakil bahagian masing-masing.

Thursday, October 29, 2009

Biro Sukan

KSSM akan menganjurkan 'KEJOHANAN SUKAN ANTARA BAHAGIAN MPOB 2009/2010 - BAGI MEREBUT PIALA PUSINGAN KETUA PENGARAH' bermula pada bulan Disember nanti.
Kejohanan ini adalah kejohanan sukan yang melibatkan semua bahagian yang terdapat didalam MPOB tidak kira di HQ atau stesen-stesen dan cawangan.
Kejohanan ini akan berlangsung bermula pada Disember hingga April 2010.
Chef de Mission setiap bahagian adalah seperti berikut:

TMKK:
- Cik Hjh. Norhayati Md. Fahimy
- En. Zamri Samsuri

ADMIN:
- En. Mohamed Osman
- En. Zulkefli Mansor

BIOLOGI:
- Cik Hjh. Azizah Mokri
- En. Erhan Abd Hak

IRED:
- Pn. Aziani Tulos
- En. Nor Azman Mohd Said

BEPI:
- En. Mohd Jusoh Hj. Rukawi
- En. Mohd Ayatollah Khomeini Ab. Rahman

P&P:
- En. Zainal Abidin Hj. Aris
- En. Erawan Adon

PDAS:
- En. Mohamad Roddy Ramli
- Dr. Nuzul Amri

E&P:
- En. Iskandar Shah Hamzah
- En. Zakaria Ahmad

AOTD:
- En. Rosli Yahya
- Cik Nik Siti Mariam Nek Mat Din

Acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:
  1. Bolasepak
  2. Bola Tampar
  3. Bola Jaring
  4. Bowling
  5. Badminton
  6. Futsal Lelaki
  7. Futsal Wanita
  8. Pingpong
  9. Sepak Takraw
  10. Dart
  11. Karom
  12. Road Relay
  13. Dam Aji
  14. Tenis
  15. Snooker
  16. Skuasy
  17. Tarik Tali
Kepada sesiapa yg berminat untuk menyertai acara yg dipertandingkan dan mengharumkan nama bahagian masing-masing, boleh menghubungi Chef de Mission bahagian masing-masing.
Diharapkan, semua kakitangan di setiap bahagian dapat menyertai sukan ini dan juga dapat memberi sokongan kepada wakil-wakil bahagian masing-masing semasa kejohanan berlangsung.



"BERSAMA MEMAJUKAN SUKAN UNTUK MPOB"

Friday, October 23, 2009

Biro Sosial

Biro Sosial akan mengadakan satu program iaitu ' PROGRAM SEHARI KE GUA TEMPURUNG ' pada 21 November 2009. Program ini merupakan salah satu acara yang telah disusun oleh Biro Sosial untuk ahli-ahli KSSM untuk tahun 2009 ini. Program ini juga bakal memberikan satu pengalaman baru kepada para peserta iaitu, pengalaman berada didalam dan menelurusi gua.


Acara yang dirancang ialah:

6.30 pagi : semua peserta berkumpul di MPOB HQ.
7.00 pagi : taklimat oleh ketua program.
bertolak ke Gua Tempurung, Perak.
9.30 pagi : rombongan di jangka sampai di Gua Tempurung.
10.00 pagi : taklimat oleh ketua program dan jurupandu.
aktiviti bermula.
2.30 petang : aktiviti dijangka berakhir.
makan tengah hari.
solat Zuhur berjamaah (jamak Asar) di surau Gua Tempurung.
3.00 petang : acara santai di Lata Kinjang.
5.00 petang : bergerak balik ke MPOB HQ.
8.00 petang : rombongan dijangka sampai di MPOB HQ.


Borang-borang untuk menyertai aktiviti ini boleh didapati dengan menghubungi:
  • Sofian Ideris (PPPKN) - samb: 4729 (H/P: 012-6021691)
  • Idros Sidek (DMU) - samb: 4891
  • Nur Azreena Idris (P&P) - samb: 4818

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6 November 2009.
Aktiviti ini adalah berdasarkan "siapa cepat, dia dapat". Oleh itu, mari ramai-ramai memeriahkan aktiviti ini.

Wednesday, October 7, 2009

Boling

Diumumkan bahawa, pertandingan Bowling In-House MPOB ke-4 akan dijalankan pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut.

Tempat : A Bess Bowl, South City Plaza
Masa : 10.00 pagi
Tarikh : 10 Oktober 2009

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti pertandingan sebelum ini.
Jika berminat, sila hubungi Pengurus Bowling MPOB, En. Rahimi Omar di talian ext:4671.

Tuesday, September 29, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Diucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN" kepada semua pembaca blog KSSM ini. Maafkan salah silap, terkasar bahasa dan halalkan makan dan minum. Diharapkan, dimusim perayaan ini, semua pembaca dapat menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Dan seperti biasa, kegiatan sukan akan bermula beberapa hari akan datang.

Saturday, September 5, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Satu majlis berbuka puasa anjuran PKKIM akan diadakan seperti butiran dibawah.

Tarikh : 11 September 2009 bersamaa dengan 21 Ramadhan 1430H (Jumaat)
Masa : 6.45 petang
Tempat : Ibu Pejabat MPOB.

Aturcara Majlis adalah seperti berikut:

6.45 ptg : Ketibaan para jemputan di Dataran Astaka.
7.16 mlm : Majlis berbuka puasa.
7.30 mlm : Solat Maghrib berjemaah di Pusat Al-Hidayah
Penyampaian derma kepada anak-anak yatim MPOB
7.55 mlm : Makan malam.
8.25 mlm : Solat Isyak & Solat Tarawih 8 rakaat berjemaah.
9.20 mlm : Tazkirah Ramadhan
Penceramah: Ust. Musa b Baharudin (Pej. Agama Islam Hulu Langat)
10.15 mlm: Moreh & bersurai.


Semua kakitangan MPOB berserta keluarga dijemput hadir.
Pakaian adalah pakaian yang menutup aurat.
Pelepasan bertugas diberi mulai jam 4.00ptg untuk menghadiri majlis ini.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan


Sempena dgn kehadiran Ramadhan al-Mubarak, kami dari kelabsukandansosialmpob.blogspot ingin mengucapkan, selamat berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam. Maafkan segala salah dan silap yang disengajakan atau tidak disengajakan. Semoga, kahadiran Ramadhan yang mulia ini, membawa seribu keberkatan kepada kita semua. Amiiiinn.....

Tuesday, August 18, 2009

Badminton

Berikut adalah senarai pemenang bagi Kejohanan Badminton Tertutup MPOB yang berlangsung pada 8 - 9 Ogos 2009.

Perseorangan lelaki:
Johan : Asriza Omar
Ke-2 : Che Johari Mamat

Beregu lelaki (Terbuka):
Johan : Sulaiman / Ewak (Wakil dari Stesen Hulu Paka)
Ke-2 : Borhanuddin Sutan Buyong / Khairul Anuar Rahman

Beregu lelaki (Veteran):
Johan : Sidi / Sulaiman (Wakil dari Stesen Hulu Paka)
Ke-2 : Che Johari Mamat / Ramli Abdullah

Perseorangan wanita:
Johan : Nursulihati
Ke-2 : Azlia

Beregu wanita:
Johan : Norlija / Nursulihati
Ke-2 : Rozita / Wati

Beregu campuran:
Johan : Che Johari Mamat
Ke-2 : Khairul Anuar Kamis / Aziani


Tahniah kepada semua pemenang.

Monday, August 10, 2009

Boling

Disini disertakan keputusan Kejohanan Bowling Piala Ketua Pengarah FRIM 2009 di Endah Parade, Seri Petaling.
MPOB menghantar 2 pasukan iaitu MPOB A dan MPOB B.
MPOB A diwakili oleh:
  • Zulkifli
  • A.Latif
  • Raja Ismail Putra
MPOB B diwakili oleh:
  • Norazman
  • Mohd Adhni
  • Muhammad Adrina
Bagi acara berpasukan, MPOB B berjaya menduduki tempat ke-16. Pasukan MPOB A pula hanya berjaya menduduki tempat ke-27. Sebanyak 29 pasukan menyertai acara berpasukan yang mana, tempat pertama diungguli oleh pasukan Universiti Malaya (UM), diikuti oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan pasukan Dewan Dandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kedudukan 1,2 dan 3.
Bagi acara perseorangan, wakil MPOB B, Norazman menjadi pemain terbaik untuk kontinjen MPOB apabila menduduki tangga ke-24 dengan jatuhan pin sebanyak 1113. Diikuti oleh Zulkifli yang membuat 997 jatuhan pin untuk menduduki tempat ke-60. Tempat ke-61 dan 62 menjadi kepunyaan Mohd Adhni dan Muhammad Adrina yang masing-masing membuat 994 dan 990 jatuhan pin. A.Latif pula, membuat 931 jatuhan pin untuk menduduki tangga ke-77. Seorang lagi wakil MPOB, Raja Ismail Putra pula membuat 872 jatuhan pin untuk menduduki tangga ke-84. Seramai 87 pemain menyertai acara perseorangan. Acara perseorangan ini dikuasai oleh pemain dari pasukan UM, DBKL dan PDRM untuk kedudukan 1,2 dan 3.

Friday, July 31, 2009

Boling

Pasukan MPOB akan menyertai kejohanan boling piala Ketua Pengarah FRIM pada
1 Ogos 2009, hari Sabtu jam 2 petang bertempat di Endah Parade, Sri Petaling.
Dijemput rakan2 memberi sokongan.

Boling

Kelab boling MPOB telah 3 kali menjalankan kejohanan tertutup. Kejohanan telah dijalankan di A-Bess Bowl, South City Plaza, Seri Kembangan. Setiap penyertaan dikenakan yuran sebanyak rm50 dan dijalankan dalam 6 game. Hadiah berupa wang tunai berdasarkan kutipan yuran.
Dibawah, ialah pemenang-pemenang bg ketiga-tiga kejohanan bg tempat pertama hingga ke-5.

Bulan Mei:

Putra (+32 ) - 682
Nurhafizah ( +40 ) - 654
Abdul Latif - 674
Zulkifli - 666
Mohd Adhni ( +32 ) - 623
Erhan ( +32 ) - 602

*** didalam kurungan ialah jumlah 'handicap' yang diterima oleh pemain.


Bulan Jun:

Zulkifli - 1118
Mohd Adhni - 994
Raja Ismail Putra - 978
Mohd Adrina - 974
Abdul Latif - 910


Bulan Julai:

Khairuldin ( Awe ) - 1113
Zulkifli - 1102
Putra - 1088
Abdul Latif - 1080
Mohd Adrina - 1013


Tahniah diucapkan kepada pemenang.

***kejohanan boling tertutup akan dijalankan pada setiap bulan.

Wednesday, July 29, 2009

Badminton

Satu Kejohanan Badminton Tertutup MPOB 2009 akan diadakan pada 8-9 Ogos 2009, bertempat di gelanggang badminton, Dewan PMS, Ibu Pejabat MPOB.

Terdapat 6 kategori yang dipertandingkan iaitu:
1- Perseorangan Lelaki
2- Perseorangan Wanita
3- Beregu Lelaki
4- Beregu Wanita
5- Beregu Campuran
6- Beregu Veteran Lelaki ( berumur 40 tahun keatas pada 1 Ogos 2009 )

Syarat Pertandingan:
1- Pertandingan dijalankan secara kalah mati.
2- Yuran penyertaan sebanyak rm5 setiap seorang bagi setiap acara dan, bayaran hendaklah dibuat kepada bendahari kejohanan, En. Mohd Kamal Mat Jusoh ( ext: 4976 )
3- Pertandingan dijalankan mengikut Undang-undang dan Peraturan BAM.
4- Penyertaan tidak terhad namun, seseorang peserta itu hanya boleh menyertai secara maksimum 4 kategori acara yang dipertandingkan mengikut kelayakan.
5- Pemain yang disenaraikan sebagai 'seeded player' tidak dibenarkan berpasangan sesama sendiri untuk acara beregu lelaki. Senarai pemain itu ialah:
  • Asriza Omar
  • Khairul Anuar Kamis
  • Che Johari Mamat
  • Mohd Kamal Mat Jusoh
  • Erhan Abd Hak
  • Khairul Anuar Abd. Rahman
  • Idros Sidek
  • Borhanudin Sutan Buyong
6- Keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak dibenarkan membuat sebarang bantahan.
7- Hadiah-hadiah disediakan kepada semua pemenang.
8- Pemenang kejohanan akan dipilih mewakili MPOB dalam kejohanan-kejohanan yang akan diseratai oleh MPOB dan Pesta Sukan KPPK 2010 yang akan datang.
9- Ahli KSSM ( HQ, Wisma Sawit dan juga Stesen Penyelidikan UKM ) yang berminat hendaklah mengisi borang penyertaan dengan lengkap ( boleh didapati melalui iklan kejohanan di papan kenyataan setiap bangunan atau melalui urusetia kejohanan iaitu En. Mohd Kamal Mat Jusoh ) dan mengembalikan kepada urusetia selewat-lewatnya pada hari Rabu, 5 Ogos 2009.
10- Pengundian perlawanan akan dijalankan pada 5 Ogos 2009, jam 4.30 petang bertempat di Pejabat CIU, tingkat 3, bangunan Inovasi, MPOB HQ.

****** pemain -pemain yang dikategorikan sebagai 'seeded player' ialah pemain-pemain yang pernah dan sedang mewakili MPOB.

Tuesday, July 28, 2009

Bolasepak Liga KL - Divisyen 2

Pada hari Sabtu yang lepas, perlawanan bolasepak untuk Liga KL telah berlangsung di padang MSN. MPOB bertemu pasukan Putra Keramat. Keputusan akhir, MPOB tewas. Beberapa pemain turut mengalami kecederaan.

Saturday, July 18, 2009

Sejarah

aku dapat gambar-gambar ni, melalui seorang rakan forum. memang cukup klasik. sejarah pasukan bolasepak malaya.

pasukan bolasepak Malaya 1936


pasukan bolasepak Malaya 1958


Malaya juara pestabola merdeka 1958


juara pestabola merdeka 1958

Monday, July 13, 2009

Bolasepak Liga KL - Divisyen 2

MPOB mengalami kekalahan ke-2 berturut-turut apabila tewas kepada pasukan Skala FC, 1-3, dalam perlawanan yang berlangsung di Padang MSN, Bukit Jalil pada hari Sabtu yang lepas. Skala FC mendahului 1-0 sebelum MPOB menyamakan kedudukan melaui penalti untuk kedudukan 1-1 sebelum rehat separuh masa. Pada separuh masa ke-2, Skala FC menjaringkan 2 gol lagi utk menamatkan perlawanan dengan keputusan 1-3.

*** pada perlawanan sebelum ini, MPOB turut tewas kepada pasukan Kor RMD. Perlawanan berlangsung di Padang Kem Wardieburn, Setapak.

Monday, June 29, 2009

Perlawanan persahabatan


1 drpd 2 pasukan MPOB HQ

pasukan MPOB Kluang


umpire yang sakit kaki

antara penonton yang hadir



Pada 27/06/2009, satu perlawanan persahabatan bolatampar antara pasukan bolatampar MPOB HQ melawan pasukan bolatampar MPOB Kluang. Perlawanan bermula jam 5.30 ptg, bertempat di gelanggang bolatampar MPOB HQ. Walaupun hujan turun beberapa jam sebelum perlawanan dan membasahi gelanggang, namun, perlawanan tetap dijalankan. Dan, tiada kecederaan dilaporkan. Keputusan akhir, MPOB HQ berjaya memenangi perlawanan dgn keputusan 3-2.
Keputusan:
Set 1 : HQ menang.
Set 2 : Kluang menang
Set 3 : HQ menang
Set 4 : Kluang menang
Set 5 : HQ menang
Sesi perlawanan persahabatan seperti ini, perlu diteruskan dimasa akan datang. Disamping merapatkan silaturrahim antara pemain dr kedua-dua cawangan, perlawanan seperti ini juga dapat mencungkil bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan untuk mewakili MPOB dlm Sukan KPPK atau Sukan PBBM dimasa akan datang.

*** maaf sebab tiada gambar pasukan disebabkan tiada cameraman yang bertugas waktu itu.

Friday, May 29, 2009

Ajk KSSM Kluang yang baru

Berikut, merupakan senarai ahli jawatankuasa KSSM Kluang bg sesi 2009-2011.

Yang Di Pertua : Datuk Dr. Mohd. Basri Wahid
Naib Yang Di Pertua : En. Sulaiman A. Ali Mohd
Pengawai Sukan : En. Mohd Suhaimi Ali
Bendahari : En. R. Erakanaidu
Setiausaha : Pn. Fauziah Nasrin
Penolong Setiausaha : Pn. Bibi Mohamaed
Ahli JawatanKuasa : En. Mohd Thany Abd Samad, En. A. Razak Md Esa, En.Zamri Saim, En.Bahisham Tamsil, En.Suzzliham Hamka, Cik Nordiyana Ishak, Pn Siti Zuridah Baranon

Pengawai Sukan dan Biro-Biro KSS MPOB-Kluang yang baru adalah seperti berikut:

Pengawai Sukan : En.Mohd.Suhaimi Ali
Biro Bola Sepak : En.Mohd Thany Abdul Samad
Biro Badminton : En.Zamri Saim
Biro PIng Pong & Biro Olahraga : En.Suzzliham Hamka
Biro Sepak Takraw & Biro Bola Tampar : En.Razak Md.Esa
Biro Bowling & Biro Sukan Dalaman : En.Bahisham Tamsil
Biro Rekreasi,Kebajikan & Pelancongan : Pn.Siti Zuridah Baranon
Biro Bola Jaring & Biro Kebudayaan dan Kesenian : Cik Nordiyana Ishak

- sumber oleh: blog KSSM Kluang.

Tuesday, May 26, 2009

Bolasepak Liga KL - Divisyen 2

Pada hari Ahad yang lepas, berlangsung perlawanan ke-3 untuk liga KL. Pasukan MPOB FC bertemu pasukan Fathul Karib, dari KL. Perlawanan berlangsung di padang Hospital Kuala Lumpur, bermula jam 3.00ptg. Keputusan akhir, pasukan MPOB FC seri 1-1 dgn pasukan Fathul Karib yang mana, pasukan MPOB FC menamatkan perlawanan dengan 10 orang pemain apabila seorang pemain MPOB dilayangkan kad merah.

Monday, May 18, 2009

Bolasepak Liga KL - Divisyen 2

Pada hari Ahad lepas, berlangsung perlawanan ke-2 untuk liga KL, divisyen 2. Perlawanan berlangsung di padang JLJ Diraja, Kem Perdana, Sg.Besi. Perlawanan berlangsung jam 3.00ptg, dimana, MPOBFC bertemu CELCOM FC. Keputusan akhir, adalah, MPOB FC tewas 0-3.
Perlawanan akan datang ialah pada 24/05/2009

Friday, May 15, 2009

Bolasepak Liga KL - Divisyen 2

Pada hari sabtu yang lepas, 09/05/09, merupakan perlawanan pertama bagi skuad bolasepak MPOB FC dalam Liga KL. Perlawanan telah berlangsung di Padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Dalam perlawanan ini, pasukan MPOB FC bertemu pasukan AADK. Perlawanan bermula jam 3.00ptg.
Keputusan untuk perlawanan ini ialah, MPOB FC 1 - 1 AADK.
Perlawanan seterusnya ialah pada 17/05/09.

Gambar

Untuk melihat gambar-gambar disepanjang kejohanan Sukan PBBM 09 di Langkawi melalui lensa Abg. Borhan, boleh lah klik di 'multiply kssm' di bahagian PAUTAN LAIN.

Sukan PBBM 09 - bhg 9

LAPORAN: HARI KELIMA KEJOHANAN

Untuk hari kelima kejohanan, hanya acara golf yang disertai oleh MPOB. Acara golf berlangsung di Gunung Raya Golf Club.
Memandangkan tiada wakil MPOB untuk acara-acara peringkat akhir, maka, semua kontinjen MPOB, kecuali golf mempunyai peluang untuk berjalan-jalan ke kawasan tumpuan pelancong di Langkawi. Namun, pergerakan agak terbatas kerana, hujan lebat yang turun sejak awal pagi. Selepas 'check-out' pada jam 12.30 tgh hari, kontinjen MPOB berhenti untuk makan tengah hari. Pada awalnya, program selepas itu ialah bergerak ke Gunung Machincang untuk menaiki kereta kabel. Namun, disebabkan hujan lebat, program tersebut terpaksa dibatalkan. Sebagai ganti, kontinjen MPOB dibawa ke Kuala Sedim. Sebahagian kontinjen menaiki bot untuk melihat kawanan helang, manakala, sebahagian lagi, melawat galeri perdana.
Selepas itu, kontinjen MPOB bergerak terus ke Jetty Point untuk menaiki feri ke Kuala Perlis. Tepat jam 7.00mlm, semua ahli kontinjen MPOB menaiki feri ke Kuala Perlis. Perjalanan agak mendebarkan kerana, cuaca mendung dan laut sedikit bergelora. Namun, akhirnya, feri yang dinaiki selamat sampai di jeti Kuala Perlis.
Selepas menunggu hampir 25minit, bas yang membawa atlit balik ke Bangi, sampai. Selepas mengisi semua beg-beg dan barangan, dan makan malam, bas yang membawa kontinjen MPOB bergerak menuju ke Bangi.
Perjalanan balik ke Bangi adalah lancar. Alhamdulillah, lebih kurang jam 5.00pagi, kontinjen MPOB telah sampai di MPOB HQ. Bas terakhir yang sampai ialah bas C. Selepas semua urusan selesai, semua kontinjen MPOB bergerak balik ke rumah masing-masing.


**** bermula pada 28/04/2009 - 04/05/2009, kontinjen MPOB ke Sukan PBBM 09 telah diberikan cuti tanpa rekod.

Thursday, May 14, 2009

Sukan PBBM 09 - bhg 8

LAPORAN: HARI KEEMPAT KEJOHANAN

Hari ke-4 kejohanan, acara yang disertai oleh MPOB hanyalah futsal lelaki (veteran) peringkat pusingan ke-2, dan juga boling kategori foursome.
Unyuk pusingan ke-2, pasukan MPOB telah diundi bertemu pasukan UUM. Perlawanan berlangsung seimbang. Sehingga wisel penamat, keputusannya ialah, 1-1. Penentuan sepakan penalti dijalankan untuk mencari pemenang. Akhirnya, dengan semangat juang yang tinggi, dan keinginan yang berkobar-kobar untuk ke peringkat suku akhir, pasukan MPOB berjaya memenangi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 3-1. Satu pencapaian yang sungguh membanggakan.
Untuk perlawanan peringkat suku akhir, MPOB bertemu pasukan UNIMAP. MPOB bermula agak perlahan sehingga ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. Bermula separuh masa kedua, MPOB mula meningkatkan permainan, namun, UNIMAP berjaya menambah 2 gol lagi menjadikan kedudukan 4-0. Satu keadaan yang sukar untuk pasukan MPOB. Namun, MPOB tidak patah semangat. Pada hujung permainan, MPOB berjaya menjaringkan 2 gol untuk menjadikan kedudukan 4-2. MPOB mencuba untuk menambah jaringan, namun, UNIMAP berjaya bertahan dan, kedudukan 4-2 kekal sehingga ke wisel penamat. Walaupun MPOB gagal ke separuh akhir, kejayaan layak ke perlawanan suku akhir cukup membanggakan memandangkan, pasukan futsal lelaki (veteran) hanya berlatih bersama untuk beberapa hari sebelum kontinjen bertolak ke Langkawi. Tahniah pasukan futsal lelaki (veteran).

*****untuk acara boling, laporan dari lapangan tidak diterima.

Wednesday, May 13, 2009

Sukan PBBM 09 - bhg 7

LAPORAN: HARI KETIGA KEJOHANAN

Untuk hari ke-3, hanya beberapa acara yang masih meneruskan perjuangan memandangkan yang pasukan tenis, bolajaring dan dart gagal meneruskan perjalanan.
Pasukan bolasepak bermain untuk perlawanan hidup mati untuk melayakkan diri ke pusingan ke-2 buat pertama kali. Pasukan MPOB bertemu pasukan PPUM, yang mempunyai mata yang sama. Namun, PPUM mendahului dgn jumlah jaringan yang banyak. Ini bermakna, pasukan MPOB perlu menang keatas mereka. Perlawanan agak seimbang dengan masing-masing melancarkan serangan. Setelah bermain bermati-matian, pasukan MPOB tewas dengan jaringan, 2-3. Ini bermakna, MPOB gagal ke pusingan ke-2 buat sekian kalinya.
Acara futsal wanita membuka tirai hari ini. Pasukan futsal wanita MPOB turut beraksi. pada sesi pagi, pasukan MPOB berjaya memenangi perlawanan pertama mereka dengan menewaskan pasukan.......... dengan jaringan 4-0. Permulaan yang baik untuk MPOB. Namun, pada perlawanan ke-2, pasukan MPOB gagal memberikan saingan apabila tewas kepada pasukan............ dengan jumlah jaringan 0-5. Pada sesi petang, pasukan MPOB berhadapan pasukan MAS. MPOB perlu menang untuk layak ke pusingan ke-2. Namun, pasukan MAS lebih tangkas apabila berjaya menewaskan MPOB dengan jaringan1-0. Ini bermakna, pasukan MPOB gagal mara ke pusingan ke-2, namun, ini juga merupakan satu pendedahan yang amat berguna kepada semua pemain memandangkan, kejohanan sukan PBBM merupakan kejohanan sukan yang menghimpunkan pemain-pemain terbaik yang berkhidmat dengan agensi-agensi badan berkanun seluruh negara.

pasukan futsal wanita

Monday, May 11, 2009

Sukan PBBM 09 - bhg 6

LAPORAN: HARI KEDUA KEJOHANAN

Kontinjen MPOB meneruskan acara masing-masing pada hari ke-2 kejohanan.
Bermula dengan pasukan bolasepak yang menghadapi pasukan DBKL untuk perlawanan ke-2 kumpulan A. Perlawanan berlangsung di padang MRSM Langkawi bermula jam 8.30pg. Perlawanan lebih dikuasai oleh pasukan DBKL, namun, pasukan MPOB berjaya bertahan dengan penuh disiplin. Namun, DBKL berjaya menjaringkan gol melalui ruang yang sangat minima. Akhirnya, pasukan MPOB tewas dengan jaringan 1-0.
Pasukan futsal lelaki (veteran) turut turun ke gelanggang hari ini bertemu pasukan tuan rumah, LADA. Ini merupakan perlawanan ke-3 kumpulan yang mana, MPOB telah memenangi 2 perlawanan semalam. Tiada tekanan buat pasukan MPOB memandangkan, pasukan MPOB telah layak ke pusingan ke-2. Hasilnya, pasukan MPOB menang dengan keputusan 2-0. Ini bermakna, pasukan MPOB menjadi juara kumpulan dengan memenangi semua perlawanan mereka. Ini merupakan satu kejayaan besar kepada pasukan futsal lelaki (veteran) kerana, ini merupakan kali pertama mereka menyertai kejohanan besar seperti ini.
Bagi pasukan tenis, untuk perlawanan ke-2, mereka bertemu pasukan BSN. Momentum kemenangan yang diperolehi hasil kemenangan perlawanan pertama gagal diteruskan. MPOB tewas ditangan pasukan BSN.
Pasukan bolajaring turut turun ke gelanggang hari ini. Perlawanan ke-2 kumpulan, MPOB bertemu USIM. Kekalahan hari pertama tidak mematahkan semangat pasukan MPOB, dan akhirnya, mereka berjaya menewaskan pasukan USIM.
Untuk perlawanan terakhir kumpulan, pasukan dart MPOB bertemu pasukan DBP. Dengan ketangkasan semua 'darters' MPOB, akhirnya membawa kejayaan dengan membenam pasukan DBP dengan keputusan 3-0, dan bermakna, pasukan MPOB layak ke suku akhir.
Pasukan boling pula, turun utk membuka tirai pertandingan boling di kejohanan. Kategori pertama yang dipertandingkan ialah, kategori beregu lelaki. MPOB mempertaruhkan pasangan Zulkifli dan Latif. MPOB diundi untuk bermain di blok ke-3 yang mana, semua pasukan dibahagikan kepada 3 blok. Hasilnya, MPOB berjaya menjadi juara blok ke-3, dan, ke-6 keseluruhan. Permulaan yang baik buat pasukan boling.
Untuk sesi petang pula, beberapa sukan turut turun ke gelanggang.
Pasukan tenis turun untuk perlawanan ke-3 kumpulan. Perlawanan yang memrlukan MPOB menang untuk layak ke pusingan ke-2. MPOB bertemu pasukan UUM. Namun, pengalaman membezakan antara dua pasukan ini. Akhirnya, MPOB tewas dan gagal layak ke pusingan ke-2.
Pasukan bolajring turut bermain pada sesi petang. Juga perlawanan penentuan untuk mereka. Dengan semangat yang jitu setelah kemenangan pada sesi pagi, MPOB turun ke gelanggang dengan penuh semangat. Namun, MPOB gagal mencapai kemenangan yang diharapkan dan, pasukan bolajaring turut gagal ke pusingan ke-2.
Pasukan dart bermain untuk pusingan suku akhir pada sesi petang dan telah diundi bertemu CIDB. Setelah bermain dengan cemerlang untuk menewaskan pasukan DBP pada sesi pagi, pasukan MPOB gagal meneruskan kecemerlangan apabila tewas tipis dalam perlawanan ini dengan keputusan 2-1, memihak kepada CIDB. Namun, pencapaian ke suku akhir cukup membanggakan.

pasukan boling

Sunday, May 10, 2009

Sukan PBBM 09 - bhg 5

LAPORAN: HARI PERTAMA KEJOHANAN

Pada 29/04/09, semua acara yang dipertandingkan berlangsung, kecuali boling, golf, futsal wanita dan treasure hunt(MPOB tidak menyertai acara ini).
Untuk sesi pagi, pasukan bolasepak memulakan perlawanan seawal jam 8.30am. Perlawanan pertama untuk kontinjen MPOB, merangkap perlawanan pertama dalam kejohanan sukan PBBM 09 ini. Perlawanan berlangsung di Stadium Langkawi.
Selain bolasepak, pasukan bolajaring, futsal lelaki(veteran), tenis, dart, pingpong dan karom turut memulakan misi.
Pasukan bolasepak berjaya memenangi perlawanan pertama apabila berjaya menewaskan pasukan CIDB dengan keputusan 2-1. Gol-gol pasukan MPOB telah dijaringkan oleh Khairul Anuar dan Fairus.
Pasukan futsal lelaki(veteran) turut berjaya memenangi perlawanan pertama. Namun, pasukan MPOB tidak perlu memerah keringat kerana, lawan untuk perlawanan pertama iaitu BKRM tidak berjaya menghadirkan diri setelah 5 panggilan dibuat oleh pihak urusetia. Dengan itu, Pasukan MPOB diisytiharkan sebagai pemenang dengan keputusan 3-0.
Paukan karom juga membawa khabar gembira untuk kontinjen MPOB apabila berjaya menang keatas pasukan ................ dengan keputusan 4-1.
Kecemerlangan kontinjen MPOB diteruskan dgn pasukan tenis berjaya menewaskan pasukan USM dgn keputusan 3-2. Kategori perseorangan lelaki, dan 2 acara beregu lelaki berjaya memberikan 3 mata buat pasukan MPOB namun, perseoranagn wanita dan beregu campuran gagal memberikan mata untuk pasukan. Tetapi, dgn keputusan 3-2, sudah mampu untuk memberikan kemenangan kepada MPOB.
Paukan dart turut menang dlm perlawanan pertama mereka dgn menewaskan pasukan MARDI.
Pasukan pingpong turut menang keatas pasukan lawan.
Pasukan bolajaring pula mengalami kekalahan untuk perlawanan pertama apabila tewas kepada pasukan MSN dgn jumlah jaringan................
Untuk sesi petang pasukan futsal lelaki(veteran) meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan pasukan UIAM dengan jaringan 2-1. Dgn keputusan ini, pasukan MPOB telah layak ke pusingan ke-2.
Namun, pasukan dart gagal untuk mendapatkan kemenangan apabila tewas kepada DBKL. Tidak dinafikan, yang pasukan DBKL adalah satu pasukan yang kuat dan, rekod perlawanan antara MPOB vs DBKL, semuanya berpihak kepada DBKL. Namun, semua atlit telah mencuba sedaya upaya mereka.
Kesimpulannya, untuk hari pertama, prestasi pasukan MPOB amat memberangsangkan. Tahniah!!!!

pasukan bolasepak


pasukan futsal lelaki (veteran)


pasukan dart


pasukan bolajaring


pasukan karom


pasukan tenis


pasukan pingpong



Thursday, May 7, 2009

Sukan PBBM 09 - bhg 4

LAPORAN: MALAM PEMBUKAAN (SELASA)

Pada jam 6.20pm, semua atlit bergerak ke Kompleks Sukan Langkawi untuk acara pembukaan. Jam 8.30pm, acara perbarisan bermula. Kontinjen MPOB masuk untuk lintas hormat kira-kira jam 9.30pm. Semasa kontinjen MPOB melintasi dif-dif kehormat sambil melambaikan tangan, kelihatan, Dr. Burhanuddin Salam, Pengarah TMKK turut berada diantara dif-dif kehormat.Kehadiran beliau menambahkan lagi semangat atlit-atlit MPOB untuk mempersembahkan prestasi yg mantap bila acara-acara bermula. Selepas acara lintas hormat, acara seterusnya ialah ucapan oleh Ketua Pengarah LADA, diikuti oleh ucapan perasmian oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Selepas obor dinyalakan, do'a dibacakan. Selepas itu, upacara menaikkan bendera kejohanan berjalan. Acara terakhir pada malam pembukaan ialah, sesi bersalaman antara ketua kontinjen/chef de mission setiap agensi dgn tetamu jemputan iaitu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Lebih kurang jam 10.30pm, upacara pembukaan tamat dan, semua atlit balik ke tempat penginapan untuk berehat dan bersedia untuk acara yg bermula keesokkan pagi.

menunggu giliran utk lintas hormat di perkarangan stadium


kontinjen MPOB masuk mengadap


kata-kata aluan dari penganjur


berbaris mendengar ucapan perasmian


pasukan pancaragam yang menyerikan upacara


makan malam selepas upacara perasmian


** terima kasih kepada semua ajk-ajk kssm yang menyediakan hidangan nasi ayam bungkus untuk semua atlit MPOB sebagai makan malam selepas upacara pembukaan tamat.

Sukan PBBM 09 - bhg 3

LAPORAN: HARI BERTOLAK

Pada jam 9.00pm, semua atlit berkumpul di kawasan parking berdekatan balai pengawal. Selepas memasukkan beg-beg dan barang-barang yang perlu dibawa kedalam bas, semua atlit berkumpul dibawah cahaya lampu neon,untuk mengaminkan do'a yang dibacakan oleh, Tn. Hj. Omar Kamal. Selepas itu, semua atlit masuk kedalam bas, dan bersedia untuk bertolak.
Tepat jam 9.20pm, bas C merupakan bas pertama yang bertolak. Diikuti oleh bas B, seterusnya bas A.
Pada jam 11.30pm, kami semua berhenti rehat dikawasan rehat Tapah, Perak. Disini, kelihatan kontinjen-kontinjen dari agensi-agensi badan berkanun yang lain seperti Felda(yang memakai track-suit yang sama seperti kita), FRIM, DBP dan Finas turut berhenti rehat. Selepas berehat selama lebih kurang 45minit, kami meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Jam 3.00am, kami sekali lagi berhenti rehat. Kali ini, dikawasan hentian Gurun, Kedah. Selepas berehat selama 30minit, kami sekali lagi meneruskan perjalanan.
Tepat jam 5.00am, bas C telah sampai di jeti Kuala Perlis. Diikuti dengan bas-bas yang lain. Semua atlit berkampung di terminal feri sementara menunggu feri pertama ke Pulau Langkawi. Tepat jam 8.00am, kami semua menaiki feri menuju ke Pulau Langkawi. Namun, kami hanya memulakan perjalanan lebih kurang 1jam kemudian. Perjalanan berjalan lancar dengan cuaca yang baik. Lebih kurang jam 10.00am, feri tiba di Jetty Point, Langkawi.
Selepas itu, semua pengurus pasukan bergegas ke acara taklimat pengurus pasukan bersama penganjur. Bagi atlit-atlit lain, mereka semua menuju kearah tempat kediaman yang telah ditempah.

Tn. Hj. Omar Kamal sedang membacakan do'a


semua atlit bersama-sama mengaminkan do'a
yang dibacakan



berehat di hentian Tapah


penumpang bas C menjadi antara yang awal tiba di terminal
feri Kuala Perlis



kontinjen-kontinjen lain yang turut menunggu
feri ke Langkawi



atlit-atlit MPOB berstur untuk masuk kedalam
feri



didalam feri

Friday, April 24, 2009

Sukan PBBM 09 - bhg 2

Pada petang Jumaat, 24hb April, diadakan satu upacara penyerahan bendera kepada ketua kontinjen MPOB ke sukan PBBM 09 iaitu Pn. Yuslinda oleh Ybhg. Tn. Hj. Sidek Stroo, Pengarah Bahagian Kewangan mewakili Ybhg. Dato' Ketua Pengarah MPOB merangkap Yang Dipertua KSSM.
Acara ini bermula pada jam 3.00ptg, bertempat di Dewan Bactris.
Selepas acara penyerahan bendera, semua atlit bergambar bersama Tn. Hj. Sidek di Dataran Pentadbiran.

Nydp KSSM sedang memberikan taklimat


Tn. Hj. Sidek Stroo, wakil Dato' KP, sedang
membacakan teks ucapan semangat



antara atlit yang hadir


Tn. Hj. Sidek Stroo menyerahkan bendera MPOB
kepada ketua kontinjen MPOB,
Pn. Yuslinda



kontinjen MPOB ke sukan PBBM 09 bergambar bersama
Tn. Hj. Sidek Stroo



***Ybhg. Dato' Ketua Pengarah tidak dapat menghadiri upacara ini kerana beliau mempunyai urusan rasmi di Sabah. Oleh itu, Tn. Hj. Sidek Stroo telah mewakili beliau utk memberikan ucapan semangat dan penyerahan bendera.
***untuk melihat gambar sewaktu acara berlangsung, bolehlah klik pada 'multiply kssm' dibahagian PAUTAN LAIN.

Thursday, April 23, 2009

Sukan PBBM 09 - bhg 1

Sempena kejohanan sukan PBBM 09 ini, kontinjen MPOB telah dibekalkan dgn sepersalinan pakaian rasmi untuk hari pembukaan.
Pakaian rasmi yang dibekalkan ialah:
1- Track top
2- Track bottom
3- T-shirt
Selain dipakai semasa acara pembukaan yg melibatkan acara kawad hormat, pembacaan ikrar kejohanan dan ucapan perasmian kejohanan, sebolehnya, track top rasmi MPOB hendaklah dipakai oleh atlit MPOB semasa menghadiri acara yang disertai.
Ini adalah untuk melambangkan yang atlit MPOB berbangga membawa nama dan logo MPOB di kejohanan sukan PBBM 09 ini.


track top rasmi


track bottom rasmi


t-shirt rasmi


sulaman lambang MPOB di bahagian dada kiri
yang terdapat pada track top rasmi
dan t-shirt rasmi