Friday, May 15, 2009

Sukan PBBM 09 - bhg 9

LAPORAN: HARI KELIMA KEJOHANAN

Untuk hari kelima kejohanan, hanya acara golf yang disertai oleh MPOB. Acara golf berlangsung di Gunung Raya Golf Club.
Memandangkan tiada wakil MPOB untuk acara-acara peringkat akhir, maka, semua kontinjen MPOB, kecuali golf mempunyai peluang untuk berjalan-jalan ke kawasan tumpuan pelancong di Langkawi. Namun, pergerakan agak terbatas kerana, hujan lebat yang turun sejak awal pagi. Selepas 'check-out' pada jam 12.30 tgh hari, kontinjen MPOB berhenti untuk makan tengah hari. Pada awalnya, program selepas itu ialah bergerak ke Gunung Machincang untuk menaiki kereta kabel. Namun, disebabkan hujan lebat, program tersebut terpaksa dibatalkan. Sebagai ganti, kontinjen MPOB dibawa ke Kuala Sedim. Sebahagian kontinjen menaiki bot untuk melihat kawanan helang, manakala, sebahagian lagi, melawat galeri perdana.
Selepas itu, kontinjen MPOB bergerak terus ke Jetty Point untuk menaiki feri ke Kuala Perlis. Tepat jam 7.00mlm, semua ahli kontinjen MPOB menaiki feri ke Kuala Perlis. Perjalanan agak mendebarkan kerana, cuaca mendung dan laut sedikit bergelora. Namun, akhirnya, feri yang dinaiki selamat sampai di jeti Kuala Perlis.
Selepas menunggu hampir 25minit, bas yang membawa atlit balik ke Bangi, sampai. Selepas mengisi semua beg-beg dan barangan, dan makan malam, bas yang membawa kontinjen MPOB bergerak menuju ke Bangi.
Perjalanan balik ke Bangi adalah lancar. Alhamdulillah, lebih kurang jam 5.00pagi, kontinjen MPOB telah sampai di MPOB HQ. Bas terakhir yang sampai ialah bas C. Selepas semua urusan selesai, semua kontinjen MPOB bergerak balik ke rumah masing-masing.


**** bermula pada 28/04/2009 - 04/05/2009, kontinjen MPOB ke Sukan PBBM 09 telah diberikan cuti tanpa rekod.

No comments:

Post a Comment