Tuesday, December 21, 2010

Sukan KPPK 2010

Tamatlah sudah, Pesta Sukan KPPK 2010 yg berlangsung di bandaraya Melaka bermula pada 17-19 Disember yg lalu.
Tahniah buat pasukan MPOB yg berjaya mengekalkan kejuaraan keseluruhan buat tahun ke-3 berturut-turut. Malah, kali ini, MPOB berjaya menambah kejuaraan bagi acara2 tertentu berbanding 2 tahun lepas.
Tahniah juga buat MPOB yg telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Sukan KPPK 2012 nanti.
Semoga, MPOB dapat mengekalkan kejuaraan buat kali ke-4 berturut-turut di laman sendiri.



"TAHNIAH MPOB"

Tuesday, December 14, 2010

Sukan KPPK 2010

Sukan KPPK 2010 akan berlangsung di Ayer Keroh, Melaka bermula pada 16-19 Disember 2010. MPOB telah menghantar seramai 180 ahli kontingen meliputi pemain (terlibat dalam semua 19 acara yg dipertandingkan) dan pegawai utk menyertai sukan kali ini.
Acara yg dipertandingkan kali ini ialah:
  • Bola sepak
  • Bola jaring
  • Dart
  • Karom
  • Congkak
  • Dam aji
  • Snooker
  • Tennis
  • Badminton
  • Bola tampar dlm dewan
  • Ping pong
  • Batu seremban
  • Sepak takraw
  • Futsal lelaki
  • Futsal wanita
  • Bola tampar pantai
  • Road relay
  • Boling

Diharap, pasukan MPOB berjaya mengekalkan kejuaraan keseluruhan yg dimenangi 2 kali berturut-turut sebelum ini.


'MAJULAH SUKAN UNTUK MPOB'

Monday, October 25, 2010

Maaf

Sungguh lama tidak di update blog KSSM ni.
Sukan KPPK menjelma lagi. Kali ni, Melaka bakal menjadi destinasi. Adakah anda sudah berkira-kira utk mewakili MPOB dan mengekalkan kejuaraan keseluruhan MPOB? Sukan ape yg menjadi pilihan korang?

Wednesday, September 8, 2010

AidilFitri...


Dengan kehadiran Syawal ini, pihak KSSM HQ ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN' kepada semua followers blog KSSM HQ ini. mintak ampun dan maaf kerana sudah terlalu lama tidak ada berita baru dr blog ini. ini disebabkan kesibukan tugasan, dan KSSM lebih utamakan page di facebook utk segala berita terbaru.
kpd rakan2 ahli MPOB yg mempunyai akaun FB, bolehlah search di facebook.com
masuk www.facebook.com dan search 'Kelab Sukan & Sosial MPOB'.

Tuesday, May 11, 2010

Tahniah!!!!!

Ucapan tahniah kepada pasukan Badminton dan Boling MPOB yang telah berjaya menjadi juara dalam kejohanan terbuka peringkat MILPB.

Tahniah!!!!

Tahniah diucapkan kepada pasukan Biologi yg berjaya menjadi juara keseluruhan, Kejohanan Sukan Antara Bahagian MPOB 2009/2010.

Tuesday, April 6, 2010

Tarik Tali

Acara tarik tali untuk 'Kejohanan Sukan Antara Bahagian MPOB 2009/2010' akan diadakan pada 11hb April 2010, bertempat di Padang Bolasepak MPOB HQ bermula seawal jam 8.30 pagi. Kepada semua, dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada wakil setiap bahagian.