Tuesday, December 15, 2009

Futsal Lelaki & Wanita

Acara futsal bagi kategori lelaki & wanita untuk 'Kejohanan Sukan Antara Bahagian MPOB 2009/10' telah berlangsung dengan jayanya pada 12/12/2009, di Aktif Futsal, Bangi.
Acara berlangsung dengan penuh meriah bermula seawal jam 9.30 pagi. Sebelum acara bermula, NYDP KSSM telah memberikan sepatah dua kata sebagai kata perangsang kepada semua peserta untuk bermain dan bertanding dengan penuh semangat kesukanan diikuti dengan bacaan doa. Selepas itu, ketua pengadil memberikan sedikit taklimat kepada semua peserta.
Perlawanan diadakan serentak antara kategori lelaki dan wanita memandangkan yang Aktif Futsal mempunyai 4 gelanggang. Kategori lelaki menggunakan 2 gelanggang (kump A dan B) begitu juga dengan kategori wanita.
Kategori lelaki terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu A dan B. Begitu juga kategori wanita.

LELAKI
Kumpulan A:
  • Admin
  • Bio
  • AOTD
  • Perlesenan
  • PDAS

Kumpulan B:
  • IRED
  • E&P
  • TMKK
  • Ekonomi


WANITA
Kumpulan A:
  • Admin
  • IRED
  • Bio
  • AOTD

Kumpulan B:
  • PDAS
  • Ekonomi
  • E&P
  • TMKK



Semua perlawanan berlangsung sengit namun, tiada kekecohan atau pergaduhan yang terjadi. Ini menunjukkan bahawa, semua atlit MPOB bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Setelah tamat peringkat kumpulan, 4 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita berjaya ke peringkat separuh akhir iaitu:

Lelaki:
  • Bio
  • Admin
  • IRED
  • E&P

Wanita:
  • AOTD
  • IRED
  • PDAS
  • TMKK
Perlawanan separuh akhir dijalankan secara bersilang dimana, juara kumpulan A akan bertemu naib juara kumpulan B. Begitu juga sebaliknya.
Bagi kategori lelaki, Bio vs IRED manakala Admin vs E&P. Kategori wanita pula, AOTD vs PDAS manakala IRED vs TMKK.
Setelah pertarungan sengit di separuh akhir, pasukan IRED dan Admin berjaya ke perlawanan akhir meninggalkan pasukan Bio dan E&P untuk perlawanan klasifikasi ke-3/4 untuk kategori lelaki.
Bagi kategori wanita pula, pasukan IRED dan AOTD berjaya menewaskan lawan masing-masing untuk menempah tiket perlawanan akhir. Pasukan PDAS dan TMKK sekadar berpuas hati untuk perlawanan klasifikasi ke-3/4.
Untuk kategori lelaki, perlawanan penentuan ke-3/4 dimenangi oleh pasukan Bio setelah berjaya menewaskan pasukan E&P.
Dan, juara ialah pasukan Admin yang menewaskan pasukan IRED.
Untuk kategori wanita pula, tempat ke-3 menjadi milik pasukan PDAS dan tempat ke-4 milik pasukan TMKK.
Juara kategori wanita ialah pasukan IRED yang berjaya menewaskan pasukan AOTD.
Tahniah kepada semua pemenang!!!!

Keputusan rasmi:

Kategori lelaki:
Juara : Admin
N.Juara : IRED
Ke-3 : Bio
Ke-4 : E&P

Kategori wanita:
Juara : IRED
N.Juara : AOTD
Ke-3 : PDAS
Ke-4 : TMKK

1 comment: