Monday, May 11, 2009

Sukan PBBM 09 - bhg 6

LAPORAN: HARI KEDUA KEJOHANAN

Kontinjen MPOB meneruskan acara masing-masing pada hari ke-2 kejohanan.
Bermula dengan pasukan bolasepak yang menghadapi pasukan DBKL untuk perlawanan ke-2 kumpulan A. Perlawanan berlangsung di padang MRSM Langkawi bermula jam 8.30pg. Perlawanan lebih dikuasai oleh pasukan DBKL, namun, pasukan MPOB berjaya bertahan dengan penuh disiplin. Namun, DBKL berjaya menjaringkan gol melalui ruang yang sangat minima. Akhirnya, pasukan MPOB tewas dengan jaringan 1-0.
Pasukan futsal lelaki (veteran) turut turun ke gelanggang hari ini bertemu pasukan tuan rumah, LADA. Ini merupakan perlawanan ke-3 kumpulan yang mana, MPOB telah memenangi 2 perlawanan semalam. Tiada tekanan buat pasukan MPOB memandangkan, pasukan MPOB telah layak ke pusingan ke-2. Hasilnya, pasukan MPOB menang dengan keputusan 2-0. Ini bermakna, pasukan MPOB menjadi juara kumpulan dengan memenangi semua perlawanan mereka. Ini merupakan satu kejayaan besar kepada pasukan futsal lelaki (veteran) kerana, ini merupakan kali pertama mereka menyertai kejohanan besar seperti ini.
Bagi pasukan tenis, untuk perlawanan ke-2, mereka bertemu pasukan BSN. Momentum kemenangan yang diperolehi hasil kemenangan perlawanan pertama gagal diteruskan. MPOB tewas ditangan pasukan BSN.
Pasukan bolajaring turut turun ke gelanggang hari ini. Perlawanan ke-2 kumpulan, MPOB bertemu USIM. Kekalahan hari pertama tidak mematahkan semangat pasukan MPOB, dan akhirnya, mereka berjaya menewaskan pasukan USIM.
Untuk perlawanan terakhir kumpulan, pasukan dart MPOB bertemu pasukan DBP. Dengan ketangkasan semua 'darters' MPOB, akhirnya membawa kejayaan dengan membenam pasukan DBP dengan keputusan 3-0, dan bermakna, pasukan MPOB layak ke suku akhir.
Pasukan boling pula, turun utk membuka tirai pertandingan boling di kejohanan. Kategori pertama yang dipertandingkan ialah, kategori beregu lelaki. MPOB mempertaruhkan pasangan Zulkifli dan Latif. MPOB diundi untuk bermain di blok ke-3 yang mana, semua pasukan dibahagikan kepada 3 blok. Hasilnya, MPOB berjaya menjadi juara blok ke-3, dan, ke-6 keseluruhan. Permulaan yang baik buat pasukan boling.
Untuk sesi petang pula, beberapa sukan turut turun ke gelanggang.
Pasukan tenis turun untuk perlawanan ke-3 kumpulan. Perlawanan yang memrlukan MPOB menang untuk layak ke pusingan ke-2. MPOB bertemu pasukan UUM. Namun, pengalaman membezakan antara dua pasukan ini. Akhirnya, MPOB tewas dan gagal layak ke pusingan ke-2.
Pasukan bolajring turut bermain pada sesi petang. Juga perlawanan penentuan untuk mereka. Dengan semangat yang jitu setelah kemenangan pada sesi pagi, MPOB turun ke gelanggang dengan penuh semangat. Namun, MPOB gagal mencapai kemenangan yang diharapkan dan, pasukan bolajaring turut gagal ke pusingan ke-2.
Pasukan dart bermain untuk pusingan suku akhir pada sesi petang dan telah diundi bertemu CIDB. Setelah bermain dengan cemerlang untuk menewaskan pasukan DBP pada sesi pagi, pasukan MPOB gagal meneruskan kecemerlangan apabila tewas tipis dalam perlawanan ini dengan keputusan 2-1, memihak kepada CIDB. Namun, pencapaian ke suku akhir cukup membanggakan.

pasukan boling

No comments:

Post a Comment