Tuesday, April 7, 2009

Aktiviti Biro Sukan - Sukan PBBM 2009

Untuk tahun 2009, aktiviti Biro Sukan antaranya adalah, menyertai Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia yg dianjurkan khas untuk agensi-agensi badan berkanun kerajaan. Sukan ini telah diiktiraf antara acara sukan terbesar di Malaysia selepas Sukma. Sukan ini disertai oleh 64 buah agensi diseluruh Malaysia.
Pada tahun 2009, sukan ini akan diadakan bertempat di Pulau Langkawi dgn LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi) sebagai tuan rumah. Acara-acara sukan akan diadakan dibeberapa lokasi di Pulau Langkawi.
Sukan ini akan berlangsung bermula pada 28 April hingga 4 Mei 2009.
Untuk sukan PBBM kali ini, MPOB telah menyertai sebanyak 10 acara sukan melibatkan seramai 97 orang atlit dan 10 pegawai.
Acara-acara yg disertai oleh MPOB ialah:
1- Bolasepak 9s
2- Bola Jaring
3- Futsal (L-veteran)
4- Futsal (W)
5- Boling
6- Tenis
7- Ping Pong
8- Dart
9- Golf
10- Karom

Untuk maklumat lanjut mengenai SPBBM09, layari laman SPBBM09 di bahagian PAUTAN LAIN.

No comments:

Post a Comment