Disini disertakan keputusan Kejohanan Bowling Piala Ketua Pengarah FRIM 2009 di Endah Parade, Seri Petaling.
MPOB menghantar 2 pasukan iaitu
MPOB A dan
MPOB B.
MPOB A diwakili oleh:
- Zulkifli
- A.Latif
- Raja Ismail Putra
MPOB B diwakili oleh:
- Norazman
- Mohd Adhni
- Muhammad Adrina
Bagi acara berpasukan,
MPOB B berjaya menduduki tempat ke-
16. Pasukan
MPOB A pula hanya berjaya menduduki tempat ke-
27. Sebanyak 29 pasukan menyertai acara berpasukan yang mana, tempat pertama diungguli oleh pasukan Universiti Malaya (UM), diikuti oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan pasukan Dewan Dandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk kedudukan 1,2 dan 3.
Bagi acara perseorangan, wakil
MPOB B, Norazman menjadi pemain terbaik untuk kontinjen MPOB apabila menduduki tangga ke-
24 dengan jatuhan pin sebanyak
1113. Diikuti oleh
Zulkifli yang membuat
997 jatuhan pin untuk menduduki tempat ke-
60. Tempat ke-
61 dan
62 menjadi kepunyaan
Mohd Adhni dan
Muhammad Adrina yang masing-masing membuat
994 dan
990 jatuhan pin.
A.Latif pula, membuat
931 jatuhan pin untuk menduduki tangga ke-
77. Seorang lagi wakil
MPOB,
Raja Ismail Putra pula membuat
872 jatuhan pin untuk menduduki tangga ke-
84. Seramai 87 pemain menyertai acara perseorangan. Acara perseorangan ini dikuasai oleh pemain dari pasukan UM, DBKL dan PDRM untuk kedudukan 1,2 dan 3.