Friday, May 29, 2009

Ajk KSSM Kluang yang baru

Berikut, merupakan senarai ahli jawatankuasa KSSM Kluang bg sesi 2009-2011.

Yang Di Pertua : Datuk Dr. Mohd. Basri Wahid
Naib Yang Di Pertua : En. Sulaiman A. Ali Mohd
Pengawai Sukan : En. Mohd Suhaimi Ali
Bendahari : En. R. Erakanaidu
Setiausaha : Pn. Fauziah Nasrin
Penolong Setiausaha : Pn. Bibi Mohamaed
Ahli JawatanKuasa : En. Mohd Thany Abd Samad, En. A. Razak Md Esa, En.Zamri Saim, En.Bahisham Tamsil, En.Suzzliham Hamka, Cik Nordiyana Ishak, Pn Siti Zuridah Baranon

Pengawai Sukan dan Biro-Biro KSS MPOB-Kluang yang baru adalah seperti berikut:

Pengawai Sukan : En.Mohd.Suhaimi Ali
Biro Bola Sepak : En.Mohd Thany Abdul Samad
Biro Badminton : En.Zamri Saim
Biro PIng Pong & Biro Olahraga : En.Suzzliham Hamka
Biro Sepak Takraw & Biro Bola Tampar : En.Razak Md.Esa
Biro Bowling & Biro Sukan Dalaman : En.Bahisham Tamsil
Biro Rekreasi,Kebajikan & Pelancongan : Pn.Siti Zuridah Baranon
Biro Bola Jaring & Biro Kebudayaan dan Kesenian : Cik Nordiyana Ishak

- sumber oleh: blog KSSM Kluang.

Tuesday, May 26, 2009

Bolasepak Liga KL - Divisyen 2

Pada hari Ahad yang lepas, berlangsung perlawanan ke-3 untuk liga KL. Pasukan MPOB FC bertemu pasukan Fathul Karib, dari KL. Perlawanan berlangsung di padang Hospital Kuala Lumpur, bermula jam 3.00ptg. Keputusan akhir, pasukan MPOB FC seri 1-1 dgn pasukan Fathul Karib yang mana, pasukan MPOB FC menamatkan perlawanan dengan 10 orang pemain apabila seorang pemain MPOB dilayangkan kad merah.

Monday, May 18, 2009

Bolasepak Liga KL - Divisyen 2

Pada hari Ahad lepas, berlangsung perlawanan ke-2 untuk liga KL, divisyen 2. Perlawanan berlangsung di padang JLJ Diraja, Kem Perdana, Sg.Besi. Perlawanan berlangsung jam 3.00ptg, dimana, MPOBFC bertemu CELCOM FC. Keputusan akhir, adalah, MPOB FC tewas 0-3.
Perlawanan akan datang ialah pada 24/05/2009

Friday, May 15, 2009

Bolasepak Liga KL - Divisyen 2

Pada hari sabtu yang lepas, 09/05/09, merupakan perlawanan pertama bagi skuad bolasepak MPOB FC dalam Liga KL. Perlawanan telah berlangsung di Padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Dalam perlawanan ini, pasukan MPOB FC bertemu pasukan AADK. Perlawanan bermula jam 3.00ptg.
Keputusan untuk perlawanan ini ialah, MPOB FC 1 - 1 AADK.
Perlawanan seterusnya ialah pada 17/05/09.

Gambar

Untuk melihat gambar-gambar disepanjang kejohanan Sukan PBBM 09 di Langkawi melalui lensa Abg. Borhan, boleh lah klik di 'multiply kssm' di bahagian PAUTAN LAIN.

Sukan PBBM 09 - bhg 9

LAPORAN: HARI KELIMA KEJOHANAN

Untuk hari kelima kejohanan, hanya acara golf yang disertai oleh MPOB. Acara golf berlangsung di Gunung Raya Golf Club.
Memandangkan tiada wakil MPOB untuk acara-acara peringkat akhir, maka, semua kontinjen MPOB, kecuali golf mempunyai peluang untuk berjalan-jalan ke kawasan tumpuan pelancong di Langkawi. Namun, pergerakan agak terbatas kerana, hujan lebat yang turun sejak awal pagi. Selepas 'check-out' pada jam 12.30 tgh hari, kontinjen MPOB berhenti untuk makan tengah hari. Pada awalnya, program selepas itu ialah bergerak ke Gunung Machincang untuk menaiki kereta kabel. Namun, disebabkan hujan lebat, program tersebut terpaksa dibatalkan. Sebagai ganti, kontinjen MPOB dibawa ke Kuala Sedim. Sebahagian kontinjen menaiki bot untuk melihat kawanan helang, manakala, sebahagian lagi, melawat galeri perdana.
Selepas itu, kontinjen MPOB bergerak terus ke Jetty Point untuk menaiki feri ke Kuala Perlis. Tepat jam 7.00mlm, semua ahli kontinjen MPOB menaiki feri ke Kuala Perlis. Perjalanan agak mendebarkan kerana, cuaca mendung dan laut sedikit bergelora. Namun, akhirnya, feri yang dinaiki selamat sampai di jeti Kuala Perlis.
Selepas menunggu hampir 25minit, bas yang membawa atlit balik ke Bangi, sampai. Selepas mengisi semua beg-beg dan barangan, dan makan malam, bas yang membawa kontinjen MPOB bergerak menuju ke Bangi.
Perjalanan balik ke Bangi adalah lancar. Alhamdulillah, lebih kurang jam 5.00pagi, kontinjen MPOB telah sampai di MPOB HQ. Bas terakhir yang sampai ialah bas C. Selepas semua urusan selesai, semua kontinjen MPOB bergerak balik ke rumah masing-masing.


**** bermula pada 28/04/2009 - 04/05/2009, kontinjen MPOB ke Sukan PBBM 09 telah diberikan cuti tanpa rekod.

Thursday, May 14, 2009

Sukan PBBM 09 - bhg 8

LAPORAN: HARI KEEMPAT KEJOHANAN

Hari ke-4 kejohanan, acara yang disertai oleh MPOB hanyalah futsal lelaki (veteran) peringkat pusingan ke-2, dan juga boling kategori foursome.
Unyuk pusingan ke-2, pasukan MPOB telah diundi bertemu pasukan UUM. Perlawanan berlangsung seimbang. Sehingga wisel penamat, keputusannya ialah, 1-1. Penentuan sepakan penalti dijalankan untuk mencari pemenang. Akhirnya, dengan semangat juang yang tinggi, dan keinginan yang berkobar-kobar untuk ke peringkat suku akhir, pasukan MPOB berjaya memenangi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 3-1. Satu pencapaian yang sungguh membanggakan.
Untuk perlawanan peringkat suku akhir, MPOB bertemu pasukan UNIMAP. MPOB bermula agak perlahan sehingga ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. Bermula separuh masa kedua, MPOB mula meningkatkan permainan, namun, UNIMAP berjaya menambah 2 gol lagi menjadikan kedudukan 4-0. Satu keadaan yang sukar untuk pasukan MPOB. Namun, MPOB tidak patah semangat. Pada hujung permainan, MPOB berjaya menjaringkan 2 gol untuk menjadikan kedudukan 4-2. MPOB mencuba untuk menambah jaringan, namun, UNIMAP berjaya bertahan dan, kedudukan 4-2 kekal sehingga ke wisel penamat. Walaupun MPOB gagal ke separuh akhir, kejayaan layak ke perlawanan suku akhir cukup membanggakan memandangkan, pasukan futsal lelaki (veteran) hanya berlatih bersama untuk beberapa hari sebelum kontinjen bertolak ke Langkawi. Tahniah pasukan futsal lelaki (veteran).

*****untuk acara boling, laporan dari lapangan tidak diterima.

Wednesday, May 13, 2009

Sukan PBBM 09 - bhg 7

LAPORAN: HARI KETIGA KEJOHANAN

Untuk hari ke-3, hanya beberapa acara yang masih meneruskan perjuangan memandangkan yang pasukan tenis, bolajaring dan dart gagal meneruskan perjalanan.
Pasukan bolasepak bermain untuk perlawanan hidup mati untuk melayakkan diri ke pusingan ke-2 buat pertama kali. Pasukan MPOB bertemu pasukan PPUM, yang mempunyai mata yang sama. Namun, PPUM mendahului dgn jumlah jaringan yang banyak. Ini bermakna, pasukan MPOB perlu menang keatas mereka. Perlawanan agak seimbang dengan masing-masing melancarkan serangan. Setelah bermain bermati-matian, pasukan MPOB tewas dengan jaringan, 2-3. Ini bermakna, MPOB gagal ke pusingan ke-2 buat sekian kalinya.
Acara futsal wanita membuka tirai hari ini. Pasukan futsal wanita MPOB turut beraksi. pada sesi pagi, pasukan MPOB berjaya memenangi perlawanan pertama mereka dengan menewaskan pasukan.......... dengan jaringan 4-0. Permulaan yang baik untuk MPOB. Namun, pada perlawanan ke-2, pasukan MPOB gagal memberikan saingan apabila tewas kepada pasukan............ dengan jumlah jaringan 0-5. Pada sesi petang, pasukan MPOB berhadapan pasukan MAS. MPOB perlu menang untuk layak ke pusingan ke-2. Namun, pasukan MAS lebih tangkas apabila berjaya menewaskan MPOB dengan jaringan1-0. Ini bermakna, pasukan MPOB gagal mara ke pusingan ke-2, namun, ini juga merupakan satu pendedahan yang amat berguna kepada semua pemain memandangkan, kejohanan sukan PBBM merupakan kejohanan sukan yang menghimpunkan pemain-pemain terbaik yang berkhidmat dengan agensi-agensi badan berkanun seluruh negara.

pasukan futsal wanita

Monday, May 11, 2009

Sukan PBBM 09 - bhg 6

LAPORAN: HARI KEDUA KEJOHANAN

Kontinjen MPOB meneruskan acara masing-masing pada hari ke-2 kejohanan.
Bermula dengan pasukan bolasepak yang menghadapi pasukan DBKL untuk perlawanan ke-2 kumpulan A. Perlawanan berlangsung di padang MRSM Langkawi bermula jam 8.30pg. Perlawanan lebih dikuasai oleh pasukan DBKL, namun, pasukan MPOB berjaya bertahan dengan penuh disiplin. Namun, DBKL berjaya menjaringkan gol melalui ruang yang sangat minima. Akhirnya, pasukan MPOB tewas dengan jaringan 1-0.
Pasukan futsal lelaki (veteran) turut turun ke gelanggang hari ini bertemu pasukan tuan rumah, LADA. Ini merupakan perlawanan ke-3 kumpulan yang mana, MPOB telah memenangi 2 perlawanan semalam. Tiada tekanan buat pasukan MPOB memandangkan, pasukan MPOB telah layak ke pusingan ke-2. Hasilnya, pasukan MPOB menang dengan keputusan 2-0. Ini bermakna, pasukan MPOB menjadi juara kumpulan dengan memenangi semua perlawanan mereka. Ini merupakan satu kejayaan besar kepada pasukan futsal lelaki (veteran) kerana, ini merupakan kali pertama mereka menyertai kejohanan besar seperti ini.
Bagi pasukan tenis, untuk perlawanan ke-2, mereka bertemu pasukan BSN. Momentum kemenangan yang diperolehi hasil kemenangan perlawanan pertama gagal diteruskan. MPOB tewas ditangan pasukan BSN.
Pasukan bolajaring turut turun ke gelanggang hari ini. Perlawanan ke-2 kumpulan, MPOB bertemu USIM. Kekalahan hari pertama tidak mematahkan semangat pasukan MPOB, dan akhirnya, mereka berjaya menewaskan pasukan USIM.
Untuk perlawanan terakhir kumpulan, pasukan dart MPOB bertemu pasukan DBP. Dengan ketangkasan semua 'darters' MPOB, akhirnya membawa kejayaan dengan membenam pasukan DBP dengan keputusan 3-0, dan bermakna, pasukan MPOB layak ke suku akhir.
Pasukan boling pula, turun utk membuka tirai pertandingan boling di kejohanan. Kategori pertama yang dipertandingkan ialah, kategori beregu lelaki. MPOB mempertaruhkan pasangan Zulkifli dan Latif. MPOB diundi untuk bermain di blok ke-3 yang mana, semua pasukan dibahagikan kepada 3 blok. Hasilnya, MPOB berjaya menjadi juara blok ke-3, dan, ke-6 keseluruhan. Permulaan yang baik buat pasukan boling.
Untuk sesi petang pula, beberapa sukan turut turun ke gelanggang.
Pasukan tenis turun untuk perlawanan ke-3 kumpulan. Perlawanan yang memrlukan MPOB menang untuk layak ke pusingan ke-2. MPOB bertemu pasukan UUM. Namun, pengalaman membezakan antara dua pasukan ini. Akhirnya, MPOB tewas dan gagal layak ke pusingan ke-2.
Pasukan bolajring turut bermain pada sesi petang. Juga perlawanan penentuan untuk mereka. Dengan semangat yang jitu setelah kemenangan pada sesi pagi, MPOB turun ke gelanggang dengan penuh semangat. Namun, MPOB gagal mencapai kemenangan yang diharapkan dan, pasukan bolajaring turut gagal ke pusingan ke-2.
Pasukan dart bermain untuk pusingan suku akhir pada sesi petang dan telah diundi bertemu CIDB. Setelah bermain dengan cemerlang untuk menewaskan pasukan DBP pada sesi pagi, pasukan MPOB gagal meneruskan kecemerlangan apabila tewas tipis dalam perlawanan ini dengan keputusan 2-1, memihak kepada CIDB. Namun, pencapaian ke suku akhir cukup membanggakan.

pasukan boling

Sunday, May 10, 2009

Sukan PBBM 09 - bhg 5

LAPORAN: HARI PERTAMA KEJOHANAN

Pada 29/04/09, semua acara yang dipertandingkan berlangsung, kecuali boling, golf, futsal wanita dan treasure hunt(MPOB tidak menyertai acara ini).
Untuk sesi pagi, pasukan bolasepak memulakan perlawanan seawal jam 8.30am. Perlawanan pertama untuk kontinjen MPOB, merangkap perlawanan pertama dalam kejohanan sukan PBBM 09 ini. Perlawanan berlangsung di Stadium Langkawi.
Selain bolasepak, pasukan bolajaring, futsal lelaki(veteran), tenis, dart, pingpong dan karom turut memulakan misi.
Pasukan bolasepak berjaya memenangi perlawanan pertama apabila berjaya menewaskan pasukan CIDB dengan keputusan 2-1. Gol-gol pasukan MPOB telah dijaringkan oleh Khairul Anuar dan Fairus.
Pasukan futsal lelaki(veteran) turut berjaya memenangi perlawanan pertama. Namun, pasukan MPOB tidak perlu memerah keringat kerana, lawan untuk perlawanan pertama iaitu BKRM tidak berjaya menghadirkan diri setelah 5 panggilan dibuat oleh pihak urusetia. Dengan itu, Pasukan MPOB diisytiharkan sebagai pemenang dengan keputusan 3-0.
Paukan karom juga membawa khabar gembira untuk kontinjen MPOB apabila berjaya menang keatas pasukan ................ dengan keputusan 4-1.
Kecemerlangan kontinjen MPOB diteruskan dgn pasukan tenis berjaya menewaskan pasukan USM dgn keputusan 3-2. Kategori perseorangan lelaki, dan 2 acara beregu lelaki berjaya memberikan 3 mata buat pasukan MPOB namun, perseoranagn wanita dan beregu campuran gagal memberikan mata untuk pasukan. Tetapi, dgn keputusan 3-2, sudah mampu untuk memberikan kemenangan kepada MPOB.
Paukan dart turut menang dlm perlawanan pertama mereka dgn menewaskan pasukan MARDI.
Pasukan pingpong turut menang keatas pasukan lawan.
Pasukan bolajaring pula mengalami kekalahan untuk perlawanan pertama apabila tewas kepada pasukan MSN dgn jumlah jaringan................
Untuk sesi petang pasukan futsal lelaki(veteran) meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan pasukan UIAM dengan jaringan 2-1. Dgn keputusan ini, pasukan MPOB telah layak ke pusingan ke-2.
Namun, pasukan dart gagal untuk mendapatkan kemenangan apabila tewas kepada DBKL. Tidak dinafikan, yang pasukan DBKL adalah satu pasukan yang kuat dan, rekod perlawanan antara MPOB vs DBKL, semuanya berpihak kepada DBKL. Namun, semua atlit telah mencuba sedaya upaya mereka.
Kesimpulannya, untuk hari pertama, prestasi pasukan MPOB amat memberangsangkan. Tahniah!!!!

pasukan bolasepak


pasukan futsal lelaki (veteran)


pasukan dart


pasukan bolajaring


pasukan karom


pasukan tenis


pasukan pingpong



Thursday, May 7, 2009

Sukan PBBM 09 - bhg 4

LAPORAN: MALAM PEMBUKAAN (SELASA)

Pada jam 6.20pm, semua atlit bergerak ke Kompleks Sukan Langkawi untuk acara pembukaan. Jam 8.30pm, acara perbarisan bermula. Kontinjen MPOB masuk untuk lintas hormat kira-kira jam 9.30pm. Semasa kontinjen MPOB melintasi dif-dif kehormat sambil melambaikan tangan, kelihatan, Dr. Burhanuddin Salam, Pengarah TMKK turut berada diantara dif-dif kehormat.Kehadiran beliau menambahkan lagi semangat atlit-atlit MPOB untuk mempersembahkan prestasi yg mantap bila acara-acara bermula. Selepas acara lintas hormat, acara seterusnya ialah ucapan oleh Ketua Pengarah LADA, diikuti oleh ucapan perasmian oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Selepas obor dinyalakan, do'a dibacakan. Selepas itu, upacara menaikkan bendera kejohanan berjalan. Acara terakhir pada malam pembukaan ialah, sesi bersalaman antara ketua kontinjen/chef de mission setiap agensi dgn tetamu jemputan iaitu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Lebih kurang jam 10.30pm, upacara pembukaan tamat dan, semua atlit balik ke tempat penginapan untuk berehat dan bersedia untuk acara yg bermula keesokkan pagi.

menunggu giliran utk lintas hormat di perkarangan stadium


kontinjen MPOB masuk mengadap


kata-kata aluan dari penganjur


berbaris mendengar ucapan perasmian


pasukan pancaragam yang menyerikan upacara


makan malam selepas upacara perasmian


** terima kasih kepada semua ajk-ajk kssm yang menyediakan hidangan nasi ayam bungkus untuk semua atlit MPOB sebagai makan malam selepas upacara pembukaan tamat.

Sukan PBBM 09 - bhg 3

LAPORAN: HARI BERTOLAK

Pada jam 9.00pm, semua atlit berkumpul di kawasan parking berdekatan balai pengawal. Selepas memasukkan beg-beg dan barang-barang yang perlu dibawa kedalam bas, semua atlit berkumpul dibawah cahaya lampu neon,untuk mengaminkan do'a yang dibacakan oleh, Tn. Hj. Omar Kamal. Selepas itu, semua atlit masuk kedalam bas, dan bersedia untuk bertolak.
Tepat jam 9.20pm, bas C merupakan bas pertama yang bertolak. Diikuti oleh bas B, seterusnya bas A.
Pada jam 11.30pm, kami semua berhenti rehat dikawasan rehat Tapah, Perak. Disini, kelihatan kontinjen-kontinjen dari agensi-agensi badan berkanun yang lain seperti Felda(yang memakai track-suit yang sama seperti kita), FRIM, DBP dan Finas turut berhenti rehat. Selepas berehat selama lebih kurang 45minit, kami meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Jam 3.00am, kami sekali lagi berhenti rehat. Kali ini, dikawasan hentian Gurun, Kedah. Selepas berehat selama 30minit, kami sekali lagi meneruskan perjalanan.
Tepat jam 5.00am, bas C telah sampai di jeti Kuala Perlis. Diikuti dengan bas-bas yang lain. Semua atlit berkampung di terminal feri sementara menunggu feri pertama ke Pulau Langkawi. Tepat jam 8.00am, kami semua menaiki feri menuju ke Pulau Langkawi. Namun, kami hanya memulakan perjalanan lebih kurang 1jam kemudian. Perjalanan berjalan lancar dengan cuaca yang baik. Lebih kurang jam 10.00am, feri tiba di Jetty Point, Langkawi.
Selepas itu, semua pengurus pasukan bergegas ke acara taklimat pengurus pasukan bersama penganjur. Bagi atlit-atlit lain, mereka semua menuju kearah tempat kediaman yang telah ditempah.

Tn. Hj. Omar Kamal sedang membacakan do'a


semua atlit bersama-sama mengaminkan do'a
yang dibacakan



berehat di hentian Tapah


penumpang bas C menjadi antara yang awal tiba di terminal
feri Kuala Perlis



kontinjen-kontinjen lain yang turut menunggu
feri ke Langkawi



atlit-atlit MPOB berstur untuk masuk kedalam
feri



didalam feri